2015 yaaaww

Assalamualaikum :)

Tahun ni umur aku dah cecah 21 tahun . Azam baru . Cita-cita baru .

Dekat 2 tahun lebih single .

Tinggal lagi satu sem . Then bulan 11 baru graduate :) yeahhh tapi lama kena tunggu ..

7 Bulan tuuuuuuu . tunggu batch cousin aku . nanti leh la graduate sama2.

4 bulan kena practical dekat MAINS Seremban . Baru masuk minggu kedua.
Setakat ni mmg best walaupun banyak kerja . Dari tak ada kerja aku kena melangok depan handphone je.

Ehmm nak bercinta tapi aku takut kecewa . So , just waiting prince charming masuk meminang .
Perasaan.

Azam tahun ni sebelum macam ni . Arghhh nak KURUS .

Azam nak kumpul duit . Nak cari overtime . Tapi ibu abah tak kasi balik lambat-lambat ni .



Bulan 2 kak long nak tunang . Err target nak cepat kurus mmg susah . Kemungkinan deqna tak ada, sebab cuti matrik dia dah habis . Lagipun kat Kedah, mmg susah nak balik . Bangah kat Terengganu, tapi terpulangkan dialah . Kalau balik pun, esok lepas kenduri dia kena balik Terengganu . So tinggal la aku next yg kena tlg kak long, bawah aku semua kecik2 lagi , Sesungguhnya nanti waaa penat :(

Parents aku mmg tak tetap berapa hantaranya, terpulang kepada pihak lelaki  setakat dia mampu .
Asalkan bakal menantu dia boleh tangggung anaknya . Even org tengok family aku ni jenis yg golongan brader tapi family aku tak ada la kejam nak mintak harga mahal2 . Ni pun family aku tak galakkan buat pelamin mcm sanding2 ni . Memang buat simple2 . Ikut adat sebagai org islam . Lagipun abah mcm pak ustaz sikit .


Okeylah , walaupun dah lambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU , aku wish jugak la dekat korg.
Semoga korang bahagia disamping family,
Semoga korang berjaya didunia dan diakhirat.

Aku harap hubungan persahabatan dengan kawan sklh rendah , sklh menengah , kolej , kawan kerja tak akan putus :)


Tatatatatta



 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0